Siakap Keli

(Video) Detik-detik Sambutan Hari Jadi Bertukar Tragedi, Belon Hidrogen Terbakar Disambar Api

Detik-detik gembira menyambut sambutan hari lahir bertukar menjadi tragedi ngeri apabila belon yang digantung ketika majlis terbakar hingga menyebabkan beberapa individu tercedera.

Menurut laporan Tribun News, insiden tersebut dilapor berlaku di Kalimantan, Indonesia sekitar Mei lalu sebelum rakaman tersebut dimuat naik menerusi aplikasi TikTok hingga tular baru-baru ini.

Mangsa, Kevin Gunawan mendakwa, kebakaran berlaku apabila belon-belon yang terisi dengan gas jenis hidrogen itu bertindak balas dengan api lilin jamuan yang dibawa mereka.

Meskipun sudah lebih empat bulan berlalu, Kevin yang turut tercedera parah kini sudah semakin beransur pulih daripada kesan kebakaran.

Berikut adalah sedutan rakamn video yang dirakam oleh laman berita Indonesia sebelum ini.

Sumber: Tribun News

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.