Siakap Keli

(Video) Rupa Seakan ‘Mini Godzilla’, Ramai Tak Tahu Iguana Laut Wujud, Ganas Di Luar ‘Lembut’ Di Dalam

Pernah tak korang perasan bahawa disekeliling kita adanya spesis haiwan yang unik dan luar biasa? Ya, banyak daripada spesis ini jarang ditemui terumanya di Malaysia.

Walaupun begitu, beberapa individu dari negara luar menemui haiwan pelik ini di perairan lautan mereka. Haiwan ini dikenali dengan nama Iguana Laut atau nama saintifiknya adalah Amblyrhynchus cristatus sejenis haiwan reptilia yang hanya memakan jenis diet herbivor.

Sumber Foto: National Geographic

Jangka hayat haiwan ini boleh mencecah 5 hingga 12 tahun dengan saiz 4 hingga 5 kaki. Saiz seekor iguana laut ini seperti setinggi saiz lelaki normal 6 kaki. Beratnya boleh mencecah 1 hingga 3.3 paun.

Ia banyak dijumpai di kepulauan Galapagos. Bahkan menurut Charles Darwin, seorang ahli ilmuwan tentang kehidupan haiwan di dunia mengatakan bahawa haiwan ini kelihatan mengerikan dan jijik.

Ya, haiwan ini tidak secantik kehidupan laut yang lain kerana ia memiliki rupa yang tidak cantik dan mempunyai mata yang sangat lebar, wajah yang pecah-pecah dan susuk pinggung yang runcing serta kepala yang bertahtakan ‘garam’ yang keras. Oleh kerana itulah, haiwan ini menjadi haiwan yang unik dan jarang ditemui.

Nampak garang tetapi lembut dan tidak membahayakan manusia.

Walaupun memiliki wajah yang garang, tetapi haiwan ini adalah lembut dan tidak membahayakan manusia. Bersifat herbivor yang hanya memakan rumpai laut di bawah celahan batu dalam air. Mempunyai gigi yang pendek, dan tumpul. Gigi yang tajam hanya digunakan untuk membantu mereka untuk mengikis alga di lautan.

Fungsi ekor yang panjang adalah untuk bergerak di dalam air seperti seekor buaya. Kuku yang tajam adalah untuk menahan dan mencengkam sewaktu berada di dalam air deras.

Ancaman

Kehidupan mereka menerima ancaman daripada tikus, kucing liar dan anjing yang suka memakan telur yang masih muda. Namun, spesis ini telah dilindungi diseluruh dunia supaya tidak berlaku kepupusan.

 

Sumber: National Geographic

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang