Siakap Keli

Ibu Luah Rasa Gembir, Bayi Pra-matang Lahir Pada Usia 23 Minggu Berjaya Teruskan Hidup

WATFORD: Seorang bayi pramatang telah dilahirkan pada usia 23 minggu yang dikatakan sangat menakjubkan kerana mampu bertahan untuk hidup.

Keadaan bayi itu sangat kecil dan kulitnya begitu nipis sehingga menampakkan saluran darah.

Tiffany Bushell (32) ibu kepada bayi dan suaminya Matthew (30) dari Watford Hertfordshire, menyambut anak perempuan mereka yang diberi nama Millie.

Millie dilahirkan pada bulan April dan perkara ini amat memberi kerisauan kepada Tiffany dan Matthew kerana Millie dilahirkan 17 minggu sebelum waktunya.

Millie menghabiskan lima minggu pertamanya dalam inkubator yang dibantu dengan alat penafasan.

“Kami tidak percaya dia masih hidup. Millie begitu kecil dan pernah terhenti pernafasan ketika berusia dua hari. Semasa dilahirkan beratnya juga kurang daripada sekampit beras, terdapat lubang besar di hatinya dan terpaksa melawan tujuh jangkitan”, kata ibu bapa Millie.

Keadaan bayi itu ke arah positif dan lebih baik dalam beberapa minggu dan doktor akhirnya membenarkan mereka membawa pulang pada minggu lalu.

keadaan Millie di dalam inkubator dan dibantu alat penafasan

Ibu bapa Millie menceritakan pengalaman yang telah mereka hadapi pada masa lalu.

Mereka telah kehilangan anak perempuan pertama yang dinamakan Ruby, Ruby juga dilahirkan seperti mana kelahiran Millie pada usia 24 minggu akan tetapi bayi tersebut tidak mampu untuk bertahan dan telah meninggal dunia.

“Ketika mengetahui kami akan menerima cahaya mata, kami sangat gembira setelah menunggu selama empat tahun untuk menerima cahaya mata kedua”

“Saya mempunyai sindrom ovari polisistik yang memberi kesan kepada kesuburan, namun setelah menerima rawatan, saya berjaya hamil secara semula jadi dan sangat gembira”

“Ketika mengetahui Millie akan dilahirkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya, kami sudah bersedia untuk menerima segala apa yang akan berlaku”

Kehilangan Ruby telah menguatkan lagi pasangan ini untuk menempuh dugaan yang akan berlaku.

“Kami sangat gembira dengan keadaan Millie yang semakin hari semakin sihat, berat badan Millie juga bertambah kepada hampir 3 kilogram”, katanya.

Sumber: Metro news

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.