DUBLIN: Berlaku perkara yang aneh apabila barangan peribadi hilang namun dijumpai setelah 20 tahun.
Seorang individu telah kehilangan dompetnya pada 20 tahun lalu.
Di dalam halaman Facebook rasmi An Garda Siochana, Perkhidmatan Polis Nasional Ireland telah berkongsi butiran kes itu bersama-sama dengan barang yang ditemui di dalam dompet tersebut.
Pihak Polis telah menemui kad peribadi pemilik di dalam dompet itu seperti kad Visa dan kad pelajar yang bertarikh Jun 2001.
Pihak polis menggunakan maklumat tersebut untuk mencari pemilik dompet itu.
Dalam halaman itu juga, pihak polis telah menulis bahawa mereka telah menyelesaikan misteri yang berusia 20 tahun itu dengan hanya dalam 24 jam.
Mereka telah memberitahu bahawa dompet itu telah diserahkan kepada pemiliknya, Tallaght Gardai pada 26 Ogos.
Ketika isu ini ditulis di halaman tersebut, hampir 3,500 reaksi di bahagian komen yang dilontarkan oleh pengguna lain seperti ‘good work’, ‘lebih baik jumpa lambat daripada tak jumpa terus’ dan sebagainya.
Sumber: Republicworld