Siakap Keli

Team Uncle Kentang Sediakan Khidmat Ambilkan Air Untuk Mereka Yang Tak Larat Dan Uzur Secara Percuma

Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Kentang sudah tidak asing lagi sebagai aktivitis masyarakat yang sering menghulurkan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.

Terbaru, beliau menawarkan pula pertolongan kepada rakyat Selangor yang kini sedang terjejas akibat masalah bekalan air.

Menurut beliau, pasukannya akan turun membantu mengambil air bagi mereka yang tidak berupaya kerana sakit atau uzur dengan menghubungi talian 018 2683999.

Sesiapa yang tak larat ambil air yang uzur dan sakit boleh call kami tolong ambil air untuk kamu. 018 2683999.

ADA YANG DAH UZUR DAN TAK.LARAT. BALDI MESTI ADA. KAMI TAK SEDIAKAN BALDI. KAMI SEDIAKAN KUDRAT AJA.

Sumber: Kuan Chee Heng

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.