Siakap Keli

TERKINI: Hanya 6 Kes Positif Baharu Dengan 21 Kes Discaj Hari Ini

Sebanyak enam (6) kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9,391 kes setakat Sabtu (5 September 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah menurun kepada 150 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Daripada enam (6) kes baharu dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan dua (2) lagi bukan merupakan warganegara.

Manakala, baki dua (2) kes merupakan penularan tempatan juga melibatkan warganegara Malaysia.

Selain itu, terdapat ima (5) kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana tiga (3) kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pesakit yang sembuh juga telah meningkat sebanyak 21 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang sembuh adalah seramai 9,113 atau 97 peratus daripada jumlah kes.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini di mana jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 128 kes atau 1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Twitter @DGHisham

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.