Siakap Keli

Hilang Punca Pendapatan Selepas Kaki Dipotong Akibat Kencing Manis, Hanya Harap Ihsan Ramai & Bantuan JKM

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah apa yang dilalui oleh pasangan warga emas ini apabila diuji dengan kesusahan hidup yang bertimpa-timpa.

Manakan tidak, suami yang merupakan insan kurang upaya (OKU) kerana cacat di bahagian kaki, kini terpaksa menderita sakit apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong sehingga ke pangkal paha kerana komplikasi kencing manis.

Dia yang sebelum ini mengusahakan warung makan bersama isterinya untuk menyara anak tunggal yang menyambung pengajian, kini hilang punca pendapatan dan hanya bergantung kepada ihsan ramai dan bantuan RM250 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Hilang punca pendapatan selepas kaki dipotong. Lawatan Kasih 5/9/20, Tumpat, Kelantan.

Zulkifli Hassan 56 tahun seorang insan kurang upaya yang cacat dibahagian kaki sejak lahir, sebelum ini mengusahakan warung makanan bersama isterinya di Kota Bharu sebagai punca pendapatan bagi menyara keluarga termasuk anak tunggalnya yang kini memulakan pengajian di Politeknik Kota Bharu. Sejak 2015, abang Zul mula mengidap beberapa kompilasi penyakit termasuklah kencing manis ,darah tinggi dan buah pinggang namun dia seorang yang kuat terus berusaha mencari nafkah di warung yang disewanya itu.
Sesuatu tak diduga olehnya apabila kaki kanannya terpaksa dipotong hingga ke paha sejak beberapa bulan lalu akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya semakin merebak. Abang Zul sekeluarga kini hanya bergantung sepenuhnya pada bantuan bulanan JKM sebanyak RM250 selain sumbangan dari sahabat dan jiran untuk keperluan makan minum seharian.

“Kak pun susah nak gi niaga sorang , kak kena urus suami sepenuh masa sebab dia dah tak leh bergerak macam dulu” – kata isterinya Normala Mohd 53 tahun , ketika menerima kunjungan kru kami disana petang semalam dirumahnya di Kg Palekbang dekat sini. Dalam kunjungan itu sebuah kerusi roda khas bersama sedikit sumbangan lampin dan tunai telah diagihkan untuk abang Zul. Mereka yang turut ingin membantu boleh ke rumahnya di Kg. Palekbang atau menghubunginya melalui talian 012-9851056.

BANK ISLAM 0303 6020 7971 51 (Normala Bt Mohd Nor)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.