Siakap Keli
FOTO: KELSS

Ibu Tunggal Lumpuh Sebelah Badan, Anak Pula Hidap Pelbagai Jenis Penyakit Mohon Bantuan Kos Rawatan Cecah RM7,000

Kehidupan seorang wanita ini diibaratkan seperti antah patah, lesung pula hilang. Wanita yang bergelar ibu tunggal ini terpaksa akur dengan masalah kesihatannya yang kini telah lumpuh sebelah badan dan tidak dapat menyara anaknya yang menghidap pelbagai penyakit antaranya sindrom down.

Namun, kasih sayang seorang ayah yang berusia 75 tahun kepada anak dan cucunya sanggup memikul tanggungjawab yang berat bagi menyara kedua-dua insan tersayang itu.

Perkongsian kali ini daripada Facebook badan NGO, Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) membantu meringankan beban keluarga ini dan kepada orang ramai yang ingin hulurkan bantuan turut dialu-alukan.

Adik Mohd Iman Zulkifli anak tunggal berusia 5 tahun ini mengidap beberapa jenis penyakit termasuk Sindrom Down, masalah paru paru dan asma dan bergantung pada susu khas ‘Pediasure’ yang agak mahal namun disarankan oleh pihak perubatan, disalurkan melalui satu saluran khas di bahagian perut.

Ibunya, Roslina Hassan yang juga seorang ibu tunggal pula kini lumpuh sebelah badan akibat diserang angin ahmar selain mengalami injap jantung bocor dan tidak dapat bergerak seperti biasa untuk uruskan adik Iman. Bapa Roslina , Hassan Ali berusia 72 tahun dan sudah tidak bekerja mengambil tugas anaknya untuk mengurus cucunya itu.

Petang semalam kru kami disana telah melakukan satu lawatan awal dirumahnya di Kg Chenderong Kubu, Tumpat, Kelantan bagi melihat secara dekat keadaan dan keperluan keluarga ini yang bergantung sepenuhnya pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan (gabungan bantuan pesakit dan elaun OKU).

Dengan ini, kami melancarkan tabung khas ini bagi membantu meringankan beban keluarga ini yang akan diserahkan dalam bentuk seperti berikut;

1. 10 bulan bekalan susu khas:
Susu pediasure 850g
4 tin sebulan x 10 bulan x RM80 = RM3,200

2. 10 bulan bekalan lampin untuk adik Iman:
Drypers Wee Wee Dry (Saiz M)
4 pek sebulan x 10 bulan x RM32 = RM1,280

3. 6 bulan bekalan lampin untuk ibu adik Iman
Tena (saiz L)
9 pek sebulan x 6 bulan x RM19 = RM1,026

4. Bantuan kewangan untuk kos ulang alik rawatan dan keperluan dapor
RM2,000

JUMLAH SASARAN: RM7, 506

Mereka yang ingin berkongsi rezeki untuk membantu adik Iman dan ibunya, boleh salurkan infaq/sumbangan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibunya,
CIMB 8602 4983 68 (KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL)

Sebarang pertanyaan melalui wasap ,
TekanĀ www.wasap.my/60179404640/IMAN

SELAMAT MEMBANTU, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KALIAN.

#TogetherWeHelp
NGO Kelab Kebajikan Dan Sukarelawan Sosial
PPM 0070227052015

 

Sumber: Kelab kebajikan dan Sukarelawan Sosial

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang