Siakap Keli
Gambar: Arshad Peyza

Cantik & Selesa Ibarat Rumah Sendiri, Guru Labur Lebih RM 1k Duit Poket Sendiri Untuk Hias Kelas Murid

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Persekitaran kondusif penting untuk sesi pembelajaran murid-murid. Lazimnya, bila kelas cantik dan selesa, anak murid pun lebih bersemangat untuk ke sekolah.

Menapak lebih selangkah ke hadapan, seorang guru kelas mengambil inisiatif mencantikkan bilik darjah jagaannya di Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2, Tumpat, Kelantan.

Bagi Cikgu Arshad Peyza, 46 tahun, dekorasi tersebut merupakan satu sedekah yang dilakukan semata untuk menggembirakan 20 orang anak-anak muridnya.

Katanya, beliau mendapat inspirasi untuk menghias ruangan tersebut daripada saluran rancangan dekorasi, HGTV.

Ruang kelas tersebut mempunyai sudut santai dengan hiasan anak patung bagi murid perempuan dan ikan laga untuk murid lelaki.

Malah, ia juga dihias dengan gambar dan piala anak murid bagi menambahkan rasa mesra dalam kalangan mereka.

Bilik darjah itu turut dilengkapi kit pertolongan cemas, pokok hiasan serta set teko teh seakan di rumah.

Ketika ditanya, beliau mengaku telah mengambil masa kira-kira sebulan dan melaburkan lebih RM1,000 untuk mendekorasi ruangan tersebut menggunakan wang sendiri.

Kredit: Arsha Peyza
Kredit: Arshad Peyza
Set teko dibeli di Kedai uncle Akong.. Chabang 4 Tok Mek Ngah berhampiran pasar lajuran Balai Polis C4. (Kredit: Arshad Peyza)
Kredit: Arshad Peyza
Kredit: Arshad Peyza
Kredit: Arshad Peyza
Kredit: Arshad Peyza
Kredit: Arshad Peyza
Kredit: Arshad Peyza
Kredit: Arshad Peyza
Kredit: Arshad Peyza
Kredit: Arshad Peyza
Kredit: Arshad Peyza
Kredit: Arshad Peyza
Balang ikan peliharaan murid-murid lelaki. (Kredit: Arshad Peyza)
Kredit: Arshad Peyza
Kredit: Arshad Peyza

Sumber: Arshad Peyza

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.