OKLAHOMA: Seorang gadis berusia 15 tahun dilapor meninggal dunia, didakwa akibat mengambil ‘Benadryl’ secara berlebihan sebagai sebahagian daripada cabaran melalui aplikasi TikTok .
Remaja yang tidak disebutkan namanya itu meninggal dunia di Oklahoma City, Oklahoma, minggu lalu ketika mencuba ‘Benadryl Challenge’ yang menyaksikan para peserta mengambil sekurang-kurangnya 12 kapsul ubat ‘anti-alergi’.
Pegawai Pusat Informasi Racun dan Dadah, Scott Schaeffer menyatakan, “pengambilan dos yang berlebihan sehingga menyebabkan halusinasi berpotensi untuk meragut nyawa”.
Pengambilan ‘Benadryl’ dengan dos yang berlebihan dilapor dapat menyebabkan masalah kepada jantung. Degupan jantung akan berlaku dengan tidak sekata ‘out of rhythm‘ dan akan berlaku ketidakberkesanan pengepaman darah dalam badan.
Sumber: Metro UK