Siakap Keli

Ini Kereta ‘Crossover’ 7 Tempat Duduk Dengan Harga Jualan Bawah RM 100K

Kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai jualan bagi kenderaan (CKD) untuk merancakkan kembali sektor jualan automotif. Antara jenama yang terawal mengumumkan penurunan harga jualan kereta adalah jenama Honda.

Seperti kita semua tahu, Honda salah satu jenama paling popular di Malaysia. Bukan sahaja model-model baharu malah, model-model lama juga masih menjadi kegemaran peminat-peminat kereta di negara ini.

Salah satu model Honda yang turun harga adalah Honda BR-V. Honda BR-V adalah jenis Crossover sesuai untuk anda yang sudah berkeluarga atau memerlukan kenderaan yang tahan lasak dan luas.

Harga jualan terkini bagi model Honda BR-V selepas pengecualian cukai jualan bagi kenderaan adalah bermula dari RM86,726 varian E manakala harga varian V bermula dari RM 93,420.27.

Rekaan Luaran

 Honda BR-V hadir dengan 5 pilihan warna yang sangat menarik dan elegan iaitu Passion Red Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic, White Orchid Pearl dan Marine Purple Pearl. Honda BR-V ini juga boleh memuatkan 7 orang dalam satu masa perjalanan yang selesa. Selain itu, banyak lagi rekaan luaran yang mengikut peredaran teknologi kenderaan moden seperti:

  1. Smart Entry

Antara ciri keselamatan yang disertakan pada Honda BR-V ini ialah Smart Entry di mana ia akan diaktifkan hanya ketika Smart Key ada bersama anda. Anda hanya perlu tekan butang yang disediakan untuk membuka kunci pintu.

  1. Auto Projector Headlight yang menyala ketika hari siang

Rekaan Headlight yang anggun dan cerah sentiasa membuatkan BR-V anda menyerlah ketika hari siang atau malam

  1. Fog Light dengan hiasan warna Chrome

Kecerahan lampu kabus ekstra untuk membantu anda dalam keadaan kurang cahaya

  1. Cermin sisi boleh laras dengan lampu signal

Anda boleh mengubah kedudukan cermin sisi mengikut keselesaan dan disertakan lampu signal untuk mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

  1. Gril depan berwarna Chrome.

Gril depan yang menyerlah membuatkan pandangan pertama terhadap Honda BR-V nampak lebih versatile.

  1. Bumper depan yang lebih gah

Menyempurnakan rekaan Honda BR-V untuk nampak lebih yakin dengan sisi dan depan bumper yang lebih menawan.

  1. Lampu Belakang

Lampu belakang yang menyerlah membolehkan pengguna jalan raya lain dapat melihatnya ketika jalan gelap atau tidak jelas.

  1. Bumper belakang dengan gaya dan kemasan yang baharu

Menampakkan Honda BR-V lebih gagah dari belakang.

  1. Roof Rail

Membolehkan anda membawa lebihan ruang penyimpanan barang dengan mudah.

*ruang penyimpanan di atas tidak disertakan

  1. Antenna Sirip Jerung

Nampak lebih bergaya dan sporty kerana rekaan yang lebih menyerlah

  1. Rim 16” dual-tone alloy

Menampakkan Honda BR-V lebih bergaya dan ‘sporty’ dengan rekabentuk yang baharu.

Rekaan Dalaman

 

Rekaan dalaman untuk Honda BR-V kali ini nampak lebih bergaya ditambah pula dengan ciri-ciri yang sangat mesra pengguna membuatkan perjalanan bersama keluarga anda lebih menyeronokkan. Selain itu, ruang yang lebih selesa untuk pemandu dan penumpang sehingga sampai ke destinasi.

Tempat duduk kulit dengan sentuhan warna merah yang eksklusif sudah pasti menjanjikan keselesaan ketika berada dalam Honda BR-V ini walaupun menghadapi perjalanan yang jauh. Tambahan lagi, ruang tempat duduk di lorong ketiga  adalah yang paling luas di antara kereta di dalam segmennya.

Anda tak perlu risau jika tak rasa kesejukan pendingin hawa di bahagian hadapan kerana Honda BR-V menyertakan pengudaraan pendingin hawa di bahagian belakang. Lagi menarik, apabila terdapat 11 cup holder disediakan di dalam Honda BR-V.

Bagi anda yang mementingkan boot yang luas, memang Honda BR-V adalah jawapannya kerana 539 liter (dengan tempat duduk baris ketiga dilipat) lebih dari cukup untuk membawa  barangan yang lebih banyak. Honda BR-V ini juga turut disertakan dengan Push Start Button, 7 inci paparan audio dengan skrin sesentuh yang luas. Sistem Auto Air Conditioning yang nampak lebih canggih akan memastikan udara sejuk dari depan sehingga penumpang paling belakang.

Bukan itu sahaja, ia dilengkapi dengan paddle shift dan enjin 1.5L i-VTEC yang sudah pasti akan menjanjikan keseronokan memandu tak kira apa jua keadaan dan cuaca. Jadi tunggu apa lagi lawati pengedar sah Honda sekarang atau layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.