KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila lehernya tersepit di celah jeriji pintu hadapan rumahnya di Bandar Puchong Jaya, dekat sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kejadian berlaku semasa kanak-kanak itu sedang bermain di rumahnya pada kira-kira pukul 1.00 tengah hari tadi.
“Kanak-kanak itu tersepit di jeriji pintu rumah dan bomba terpaksa menggunakan alat penjarak (spreader) untuk mengeluarkannya,” katanya kepada Bernama hari ini.
Norazam berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong mengambil masa kurang tujuh minit memotong jeriji untuk mengeluarkan kanak-kanak itu.
— BERNAMA