Siakap Keli

Kereta Nyaris Terbakar, Didakwa Berpunca Daripada “Power Bank” Yang Terbakar Akibat Cuaca Panas

Isu pengecas mudah alih (power bank) yang meletup akibat disimpan di dalam kenderaan bukanlah perkara baharu.

Terkini, bahagian kerusi penumpang depan sebuah kereta Perodua Alza dilapor terbakar dalam satu kejadian di kawasan letak kereta Hospital Tumpat, Kelantan semalam.

Menurut perkongsian dari Info Roadblock JPJ/Polis, power bank dikatakan diletak di bahagian belakang tempat simpanan tempat duduk penumpang depan.

Malangnya, ia didakwa terbakar dipercayai akibat cuaca panas selain berada di kawasan letak kereta tersebut terlalu lama.

Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis

Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.