Siakap Keli

Lelaki Berputih Mata, Honda Civic Terpakai Baru Dibeli Terbakar Di Tengah Jalan Ketika Dibawa Pulang

THAILAND: Seorang lelaki berusia 28 tahun berputih mata setelah kereta yang baru dibelinya di wilayah tengah Angthong telah terbakar.

Kereta yang dibeli oleh lekaki tersebut dilaporkan adalah kereta terpakai.

Laporan menyatakan bahawa mangsa telah membawa pulang kenderaan jenis Honda Civic yang baru sahaja dibeli ke Sattahip, di daerah Timur Chon Buri.

Difahamkan, kereta itu mula mengalami masalah enjin di Don Hua Lo di Chonburi hingga menyebabkan mangsa terbabas ke tepi jalan.

Kemudian enjin meletup dan api marak menjilat kenderaan tersebut.

Anggota bomba segera berada di tempat kejadian dan mengambil masa sekitar 10 minit untuk memadamkan api.

Difahamkan, mangsa telah membayar 55,000 baht untuk kereta terpakai itu dan kini berhasrat untuk menyelesaikan masalah itu dengan penjual.

Sumber: thethaiger

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.