Siakap Keli

Lelaki Buat Kejutan Untuk Isteri, ‘Hadiahkan’ Patung T-Rex Setinggi 3.5 Meter

LEAMINGTON SPA: Suami telah memberi hadiah T-Rex gergasi kepada isterinya sebagai perhiasan di taman rumahnya.

Adrian, 52, telah menyewa kren untuk mengangkat T-Rex tersebut dan diletakkan di kawasan taman rumahnya.

“Dia menyuruh saya memotong dan membersihkan rumput di kawasan taman tersebut. Dia juga menyuruh saya untuk mencantikkan taman itu”

“Saya terfikir, tidak ada yang kelihatan lebih baik dan cantik di taman ini daripada T-Rex setinggi 3.5 meter, jadi saya membelinya”

“Saya rasa bahawa adalah impian kebanyakan orang untuk memiliki replika T-Rex setinggi 3.5 meter kerana tidak mempunyai ruang atau sumber untuk melakukan perkara ini”

“Saya bernasib baik kerana dapat merealisasikan impian itu”

Dia telah membeli replika T-Rex ini daripada sebuah syarikat di Wales tetapi daripada segi pengangkutan, Adrian perlu menguruskan sendiri.

Adrian membeli replika T-Rex ini dengan harga £1,600 (RM7,467).

“Isterinya sebenarnya suka akan cerita Jurrasic Park, jadi saya ingatkan tidak salah untuk saya membelinya”

Pada asalnya rancangan ini bertujuan untuk membuat kejutan kepada isterinya, Deborah, 53, akan tetapi semua itu gagal kerana isterinya berasa takut setelah melihat T-Rex ini.

Sumber: metro.co

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.