Siakap Keli
Kredit: Google

Penyimpanan Air Berlebihan Punca Proses Pemulihan Tertangguh Di 69 Kawasan – Air Selangor

Tindakan sebahagian pengguna menyimpan air berlebihan membuatkan pemulihan di beberapa kawasan terjejas, kata Air Selangor pagi tadi.

Dalam satu kenyataannya, sebanyak 69 kawasan yang dijadualkan pulih pada 12 tengah malam 7 September masih mengalami gangguan, dalam kenyataan dikeluarkan 7 pagi tadi.

“Bagi kawasan kumpulan 1 yang sepatutnya pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam 7 September 2020, masih belum pulih sepenuhnya di 69 kawasan disebabkan oleh penyimpanan air berlebihan oleh pengguna yang telah mula menerima bekalan air,” tulis Air Selangor.

Antara kawasan terlibat ialah Bandar Klang dan Taman Putramas di Klang; Bandar Manjalara, Taman Bukit Maluri dan Taman Keramat di Gombak serta 44 kawasan di Kuala Lumpur.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.