Siakap Keli

Ahli Arkeologi Mesir Temui Lebih 13 Buah Keranda Purba Berusia Sekitar 2,500 Tahun

MESIR: Negara Mesir telah mengumumkan penemuan koleksi lebih daripada 13 keranda purba yang dipercayai berusia 2,500 tahun lalu.

Keranda purba ini ditemui di sebuah tapak arkeologi di Neqropolis Saqqara di Giza, kata Kementerian Pelancongan dan Barang Antik dalam satu kenyataan.

Menteri Pelancongan dan Barang Antik Mesir, Khaled al-Anany dan Mostafa Waziri, setiausaha jeneral Majlis Tertinggi Antiquities (SCA), mengunjungi lokasi tersebut pada hari Ahad dan memeriksa kerja penggalian di kawasan itu.

“Penemuan itu merupakan jumlah keranda purba terbanyak yang dijumpai di satu tempat perkuburan sejak penemuan Asasif Cachette,” kata menteri, merujuk pada penemuan 30 keranda kuno pada Oktober 2019 di perkuburan Asasif di Provinsi Luxor, Mesir Hulu.

“Penemuan ini di Saqqara merangkumi koleksi keranda kayu berwarna yang cantik dan masih dalam keadaan baik walaupun sudah berusia 2,500 tahun lalu”, kata Waziri yang memimpin misi arkeologi Mesir di Saqqara.

Waziri mengatakan jumlah sebenar keranda yang digali serta identiti dan hak milik pemiliknya belum ditentukan, tetapi akan diketahui dalam beberapa hari akan datang kerana kerja penggalian masih berterusan.

Kajian awal menemui keranda purba ditutup sepenuhnya dan belum dibuka sejak dikuburkan di dalam kawasan itu, menurut kementerian itu.

Sumber: globaltimes

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.