Siakap Keli
Gambar: Mutyara

Alunan Selawat Iringi Perasmian Wisma Mutyara

PUCHONG, 7 Sept – Alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW mengiringi majlis perasmian pembukaan Wisma Mutyara di sini, kelmarin.

Mutyara menerusi satu kenyataan berkata, Majlis Gema Selawat oleh kumpulan Maulid Anwarul Madad yang dipimpin Ustaz Irwan itu bertujuan menzahirkan rasa syukur atas kejayaan mereka.

“Laungan selawat diadakan sebagai memberkati majlis dalam memperingati junjungan besar baginda Rasulullah SAW.

“(Selain itu) ia bertujuan memanjatkan kesyukuran atas anugerah yang dikurniakan Allah atas kejayaan berterusan syarikat,” kata kenyataan tersebut, baru-baru ini.

Suasana sekitar majlis perasmian Wisma Mutyara. Gambar: Mutyara
Suasana sekitar majlis perasmian Wisma Mutyara. Gambar: Mutyara

Hadir dalam perasmian tersebut ialah bapa Pengarah Urusan Syarikat, Asyraf Khalid iaitu Yang Berbahagia Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa; ibunya, Yang Mulia Tengku Zawyah Tengku Izham; mentor usahawan terkenal, Dr. Azizan Osman dan Datuk Seri Syed Zainal Abidin.

Selain itu, turut hadir sama ialah para usahawan Mutyara, ahli keluarga terdekat, rakan-rakan perniagaan serta pengamal media.

Majlis perasmian wisma tersebut dirasmikan dengan acara pemotongan reben oleh Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama isteri, Tengku Zawyah Tengku Izham bersama pengasas, Tya Arifin selain turut diiringi Dr. Azizan Osman dan Asyraf Khalid.

Suasana sekitar majlis perasmian Wisma Mutyara. Gambar: Mutyara

Cabaran menjadi pemangkin semangat

Sementara itu, pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuh Tya dan Asyraf sepanjang tempoh memajukan perniagaan mereka.

Bagaimanapun, segala rintangan itu tidak mematahkan semangat mereka, sebaliknya ia menjadi pemangkin untuk mereka terus berkembang sehingga ke hari ini.

“Dalam masa tiga tahun sahaja, peningkatan jualan syarikat meningkat dengan positif sehingga 10 kali ganda pada tahun ketiga, berbanding jualan pada tahun pertama ini diperkenalkan.

Suasana sekitar majlis perasmian Wisma Mutyara. Gambar: Mutyara

“Mutyara dengan visinya ingin melahirkan sekurang-kurangnya 300,000 usahawan melalui program Usahawan Mutyara menjelang tahun 2030.

“Mereka berpeluang menjana pendapatan mudah dengan bimbingan langsung daripada pengasas syarikat, Tya Arifin dan Asyraf Khalid selaku pengarah urusan syarikat,” tambah kenyataan itu lagi.

Sasar 30 juta wanita Asia hidup sihat

Suasana sekitar majlis perasmian Wisma Mutyara. Gambar: Mutyara

Difahamkan, harapan besar Tya dalam tempoh 10 tahun lagi adalah ingin membantu lebih 30 juta wanita di seluruh Asia memperoleh lebih tenaga supaya mampu menaikkan taraf hidup mereka.

Menurutnya, ia adalah seiring dengan moto syarikat dalam memberi manfaat kepada orang lain melalui produk yang terbukti keberkesanannya.

Katanya, beliau ingin syarikatnya menjadi peneraju jenama minuman tambahan kesihatan semulajadi di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Suasana sekitar majlis perasmian Wisma Mutyara. Gambar: Mutyara

Bakal perkenal produk pek mudah bawa

Produk ulungnya, Mutyara Gugusan Sumatera memberikan khasiat yang membantu memberikan tenaga, sekaligus memperbanyakkan susu badan bagi ibu menyusu, serta membantu merawat kesihatan dalaman dan luaran wanita.

Sehubungan itu, ia bakal diperkenalkan dalam bentuk pek mudah bawa yang akan mula berada di pasaran pada Disember tahun ini.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaannya boleh menghubungi Bahagian Jualan Mutyara di talian 012-920 9011.

Produk Gugusan Mutyara yang bakal diperkenalkan dalam bentuk pek mudah dibawa. Gambar: Mutyara

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'