Siakap Keli
Gambar Via Mohd Khairul Izwan

“Asalkan Gigi Dijaga Dengan Bersih..,” Doktor Gigi Perjelas Mitos Gigi Kuning

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang sentiasa menginginkan gigi yang cantik dan putih berseri.

Manakan tidak, ia menjadi faktor penting kepada keyakinan penampilan diri seseorang.

Namun, pemahaman mengenai gigi kuning merupakan gigi tidak sihat sebenarnya hanya mitos semata-mata? Dr Mohd Khairul Izwan mempunyai penjelasan mengenai salah faham ini.

Ikuti kiriman yang telah dikongsikan oleh beliau di laman Facebook.

Tahukah anda, warna gigi kita sebenarnya sedikit kekuningan dan bukannya putih seperti warna putih kertas atau jubin tandas?

Hal ini kerana, lapisan enamel gigi berwarna sedikit kebiruan dan bersifat lut cahaya ataupun transparent. Manakala lapisan dentin di bawah enamel memiliki warna lebih kekuningan.

Disebabkan sifat lapisan enamel yang transparent ini, maka warna dentin yang kekuningan itu lebih terserlah menyebabkan warna asli gigi terlihat sedikit kekuningan.

Pendapat yang menyatakan bahawa warna gigi yang lebih kuning adalah tidak sihat merupakan mitos semata-mata.

Asalkan gigi dijaga dengan bersih dan tidak berlubang, ianya tetap dikategorikan sebagai gigi yang sihat.

Walaubagaimanapun, warna kuning pada gigi ini akan menjadi semakin ketara apabila meningkatnya usia seseorang dimana lapisan enamel boleh menjadi semakin nipis disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:

  • Hakisan yang berlaku akibat gigitan (attrition)
  • Hakisan akibat pemberusan gigi dengan tekanan yang kuat serta menggunakan berus yang keras/medium (abrasion).
  • Kebiasaan makan atau minum sesuatu yang masam atau berasid (erosion).

Selain itu, warna gigi juga boleh menjadi semakin kuning jika seseorang banyak atau kerap makan dan minum sesuatu yang berwarna seperti kopi, nescafe, teh, minuman berkarbonat termasuk merokok/vaping.

Warna gigi juga boleh menjadi kekuningan dan gelap jika gigi tersebut pernah dirawat melalui rawatan akar (RCT).

Semua keadaan ini akan menyebabkan warna kekuningan pada gigi akan lebih menyerlah daripada yang sepatutnya.

Warna gigi boleh kembali menjadi cerah (bukan 100% putih) melalui rawatan whitening atau bleaching ataupun rawatan lain seperti veneer dan pembuatan crown (mahkota gigi).

Dan sekiranya anda ingin menjalani rawatan untuk mencerahkan gigi, pastikan anda mendapatkannya di klinik gigi yang berdaftar. Buat masa sekarang, rawatan mencerahkan gigi untuk tujuan kosmetik hanya tersedia di klinik pergigian swasta.

Jangan sesekali mendapatkan rawatan untuk mencerahkan gigi di premis-premis bukan klinik gigi yang berdaftar kerana tindakan ini hanya akan membuatkan masalah pergigian anda bertambah parah kerana doktor gigi yang tidak bertauliah tidak mempunyai ilmu pergigian yang melayakkan mereka untuk menjalankan rawatan pergigian.

Apapun, gigi kita yang asal memang sedikit kekuningan dan ianya bukanlah petanda gigi tersebut tidak sihat asalkan anda sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan gigi anda dengan baik.

  • Pastikan anda sentiasa memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida dan berus gigi yang lembut sebanyak 2 kali setiap hari.
  • Jalani pemeriksaan pergigian secara berkala setiap 6 bulan sekali gigi klinik gigi berhampiran.
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, nescafe, teh serta minuman berkarbonat.
  • Hentikan tabiat merokok/vaping.

Semoga bermanfaat!

Dr Mohd Khairul Izwan,
Suka berkongsi.

Jemput follow FB saya dan set See First supaya anda tidak tertinggal info yang menarik dan sangat berguna tentang kesihatan pergigian.

#DakwahGigi

Sumber: Mohd Khairul Izwan

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.