Siakap Keli
Gambar: Malaysia Truly Asia

Bukan Hanya Untuk Penjawat Awam, Ini Tawaran Pakej Pelancongan & E-Baucar Untuk Percutian Anda

Sejak pandemik COVID-19, lokasi pelancongan terbaik semestinya negara sendiri. Bukan sahaja membantu menjana ekonomi tempatan, malah ia dipercayai lebih selamat berbanding melancong ke luar negara.

Berapa banyak kes import direkodkan berbanding kes tempatan selepas negara kita memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Malah, ada beberapa kluster baru muncul berpunca daripada individu yang pulang dari luar negara.

Disebabkan itulah kerajaan mengetatkan sempadan serta menghalang pelancong luar dari negara yang mempunyai kes COVID-19 yang tinggi dari memasuki negara kita.

Tapi anda jangan risau. Walaupun tak dapat ke luar negara, kita masih ada banyak destinasi tempatan yang indah dan memukau.

Dari Perlis ke Sabah, anda tetap boleh menikmati keindahan Malaysia baik di bandar, hutan hijau mahupun laut biru.

Baru-baru ini, Kementerian Pelancongan membuka tawaran pakej pelancongan yang lumayan buat semua pekerja sektor awam dan swasta.

Anda boleh mendapatkan pelbagai pakej berbaloi bagi penginapan, perjalanan serta aktiviti di lokasi terpilih.

Selain itu, ada juga diskaun e-baucar yang berbaloi untuk percutian yang ekonomis dan bermakna.

Anda boleh lakukan aktiviti island hopping, snorkelling, berpesta durian, beriadah bersama anak-anak, mendaki mahupun berkayak.

Antara lokasi percutian yang boleh anda kunjungi ialah taman negara, air terjun, pulau-pulau ‘rahsia’ di dalam Malaysia.

Tak tersenarai semua tawaran ini. Lawati laman Malaysia Truly Asia untuk melihat keseluruhan pakej dan muat turun e-baucer bagi percutian anda.

Gunung Kinabalu, Sabah.
Sky Mirror, Kuala Selangor.
Masjid Wilayah
Pulau Dayang Bunting, Langkawi, Kedah.
Pulau Hujung, Johor.

Sumber: Malaysia Goverment Call Centre

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.