Siakap Keli
rak remote
Kredit: Aidil Azhar

DIY Rak “Remote Control” Guna Lebihan “Casing” Pendingin Hawa, Elak Selalu ‘Hilang’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Salah satu objek yang sering hilang ketika diperlukan ialah alat kawalan jauh televisyen ataupun pendingin hawa.

Sekejap ada atas meja, sekejap hilang ‘ditelan’ sofa. Silap hari bulan, ada masanya boleh ‘terbang’ ke dapur.

Bagi rumah yang ada anak kecil pula, kadangkala alat ini pun menjadi permainan mereka. Semuanya berpunca apabila tiada ruangan khas untuk meletakkan alat kawalan ini yang jauh daripada capaian anak-anak.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Encik Aidil Azhar berkongsi tips digunakannya untuk menghasilkan sendiri rak alat kawalan jauh. Apa yang menariknya, beliau menggunakan lebihan casing pendingin hawa sahaja untuk membuat rak berkenaan. Jimat.

Jom baca perkongsiannya.

Remote mana bang???

Ni la soalan yang biasa setiap hari. Semalam remote aircond ghaib! Habis selongkar katil, bantal, bawah sofa, dalam laci. Ghaib. Akhir sekali pergi DIY beli baru.

Ok. Soalannya, macam mana nak elak hilang semula. Fikir-fikir, ni la hasilnya. Tempat letak remote. Sekurang-kurangnya remote ada tempat khas. Hilang jugak, aku letak mangga terus.

Kredit: Aidil Azhar
Kredit: Aidil Azhar
Asal rak remote ni adalah lebihan casing aircond yang aku beli kat hardware. 15 ke 17 ringgit sebatang. (Kredit: Aidil Azhar)

Langkah-langkah

1. Kumpul dan mula agak-agak jarak remote.

Kredit: Aidil Azhar

2. Congak jarak dan besar lubang yang akan ditebuk nanti.

Kredit: Aidil Azhar

3. Ukur saiz setiap remote dan ambil saiz remote yang paling besar supaya yang lain semua muat.

Kredit: Aidil Azhar

4. Ukur dan guna sesiku L untuk buat garisan lurus bagi jarak dan lebar lubang remote.

Kredit: Aidil Azhar

5. Ukur tebal, jadi kalau tebuk lubang nanti takla besar sangat atau tak muat. Bila remote fit nampak kemas sikit.

Kredit: Aidil Azhar

6. Plotkan pada casing.

Kredit: Aidil Azhar

7. Siap lukis dan plot. Puas hati kita teruskan. “Measure twice, cut once.”

Kredit: Aidil Azhar

8. Potong lebihan tepi. Guna la apa-apa peralatan yang korang ada. Janji putus.

Kredit: Aidil Azhar

9. Untuk lubang tengah aku cadangkan guna gerudi. Guna steel bit. Tebuk tepi supaya senang nak potong dengan pisau nanti.

Kredit: Aidil Azhar

10. Ni lepas potong dan kemaskan guna pisau. Perlukan ‘steady hand’, samaada kau akan cedera atau tepotong bekas PVC. Jadi berhati-hati.

Kredit: Aidil Azhar

11. Kita buat cubaan atas darat. Kalau ok, kita teruskan.

Kredit: Aidil Azhar

12. Nak letak dinding aku guna double tape je. Mudah. Tak perlu tebuk lubang. Kalau korang tak yakin, boleh tebuk.

Kredit: Aidil Azhar

13. Kalau korang perasan lekuk lat bibir PVC menghalang remote dari menggelongsor dari kedudukannya. Jadi insyallah tak jatuh. Kecuali kau sesaja buat bijak tolak.

Kredit: Aidil Azhar

14. Inilah hasilnya yang boleh letak 4. Kalau korang ada sepuluh remote, boleh tebuk ikut suka.

Eh, sebelum terlupa. Remote aku yang hilang tu baru jumpa tadi. Anak aku letak dalam lunch box kakak dia. Hmmmmm…

Kredit: Aidil Azhar

Sumber: Aidil Azhar via Kelab Kaki DIY

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.