Siakap Keli

Gangguan Air Di Hulu Selangor, Kuala Langat & Kuala Selangor Disahkan Pulih

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Gangguan bekalan air tidak berjadual di Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor melibatkam 290 kawasan telah pulih sepenuhnya pada 6.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, Air Selangor memaklumkan, 136 kawasan di Klang/Shah Alam, Gombak. Petaling dan Kuala Lumpur masih lagi dalam proses pemulihan.

“Secara keseluruhannya, sejumlah 1, 156 kawasan telah pulih sepenuhnya dari 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan pada tahap 89.47 peratus.

“Sebanyak lapan kawasan masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai dalam kawasan Kumpulan 1 yang sepatut pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam semalam.

“Manakala 54 kawasan yang berada dalam Kumpulan 2 juga masih belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada 12 tengah malam, malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, pihaknya sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan tersebut.

“Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

“Pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan,” tambah kenyataan itu lagi.

Sebarang maklumat berkenaan bekalan air boleh dirujuk menerusi aplikasi Air Selangor, saluran media sosial di Twitter, Facebook, Instagram serta laman sesawang www.airselangor.com.

Senarai kawasan Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 yang belum pulih boleh dirujuk di Lampiran 1, manakala kawasan telah pulih seperti di Lampiran 2.

 

Sumber: Air Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.