Amalan mengutip sampah adalah salah satu aktiviti terpuji yang patut diamalkan oleh semua orang pada masa kini.
Selain dapat menjaga kebersihan awam, ia juga membantu mengekalkan kelestarian alam sekitar. Kerana apa?
Kerana semua sedia maklum, salah satu punca berlakunya banjir di kawasan bandar adalah saluran longkang yang tersumbat.
Jika di bandar, umumnya punca longkang tersumbat adalah disebabkan sampah-sampah yang dibuang merata-rata sebelum hanyut.
BACA: Hari Jadi Dalam PKP, Remaja Cabar Diri Kutip Sampah Di Sekitar Lembah Klang Selama 23 Hari
Terkini, seorang pemuda yang menggunakan nama akaun Nana@Cyberjaya berkongsi di Twitternya pengalaman mengutip sampah di Cyberjaya, baru-baru ini.
Jelasnya, jumlah berat sampah yang berjaya dikutip bersama team Trash Hero Putrajaya bukan sedikit. Ikuti perkongsiannya ini.
[65kg sampah dikumpul dalam 1½ jam di Cyberjaya]
Cyberjaya hijau Dan cantik tapi hari ini, kami kutip sampah yang mengunung sekitar D'pulze.
Di dalam sampah yang kami dapat ada banyak botol, tong, kaca minuman keras, rokok & topeng muka pic.twitter.com/RyM3Qf6K23
— Nana@Cyberjaya 🇯🇵🇲🇾✌️ (@NanaCyber2) September 5, 2020
Gambar-gambar sepanjang aktiviti mengutip sampah dijalankan:




Sebenarnya, saya terkejut sebab berat keseluruhan sampah kali ini paling berat dalam akitiviti setakat ini.
Janganlah buang sampah merata-rata, bualanglah dalam 🗑️Sayangi bumi Kita 🌍 pic.twitter.com/nn1fnrydgg
— Nana@Cyberjaya 🇯🇵🇲🇾✌️ (@NanaCyber2) September 5, 2020
Kalau orang ada minat atau nak ikut sukarelawan Trash Hero Putrjaya, boleh like & follow page ni https://t.co/xWLdtoCFi8
Kami akan update kalau ada event akan datang.— Nana@Cyberjaya 🇯🇵🇲🇾✌️ (@NanaCyber2) September 7, 2020
Kami ada akitiviti akan datang 19 Sep. Untuk pengetahuan, hari tu adalah World Clean-Up Day. Kami rancang untuk mengadakan aktiviti kutip sampah di Putrajaya (TBD).
Kalau free, jomlah ikut kami 💪 pic.twitter.com/2sQLGssih7— Nana@Cyberjaya 🇯🇵🇲🇾✌️ (@NanaCyber2) September 7, 2020

Terima kasih kepada pelajar dari Sunway College, Tunku Abdul Rahman University College dan sukarelawan individu dari…
Posted by Trash Hero Putrajaya on Saturday, 5 September 2020
Sumber: Nana Cyberjaya, Trash Hero Putrajaya