Siakap Keli

(Video) Rakaman Harimau Kelihatan Seakan Kurus, Perut Kempis Jadi Perhatian Ramai

Satu rakaman video memperlihatkan seekor harimau dengan tubuh yang kurus di sebuah zoo di Indonesia telah tular di media sosial.

Menurut laporan Kompas.com, video berdurasi 13 saat itu menyaksikan harimau tersebut berjalan dan menampakkan seakan bahagian perutnya yang telah mengempis seperti kekurangan makanan.

Penyelaras pemasaran zoo yang terletak di Kabupaten Lamongan itu mengesahkan bahawa haiwan itu sememangnya berada di zoo mereka.

Pun begitu, dia menjelaskan bahawa jarak antara tempat pengunjung dan dasar kandang harimau tersebut adalah kira-kira lapan meter dan ia menyebabkan harimau itu kelihatan kurus dari tempat pengunjung.

“Jadi, harimau Sumatera tidak sebesar harimau jenis lain, ia lebih langsing,” katanya.

Harimau Sumatera di dalam video itu juga dikatakan berumur sekitar 10 tahun.

Pihak zoo terbabit juga menafikan bahawa harimau itu kelihatan kurus kerana diabaikan.

Memetik laporan Detik News, doktor haiwan di zoo tersebut mengatakan bahawa keadaan kesihatan harimau itu sudah semakin membaik selepas berada di zoo tersebut. Ia telah melahirkan 3 ekor anak.

Menurutnya lagi, haiwan itu sememangnya sudah tua dan kerana itu menyebabkan berat badannya berkurang.

Memetik laporan Kompas.com pada 9 September 2020, setelah ditimbang, berat badan harimau itu mencapai 103 kilogram. Ia sesuai dengan standard harimau sumatera dewasa.

Sumber: Kompas.com

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa