Siakap Keli

Bekas PA Datin Shahida Meninggal Dunia, Titipan Terakhir Arwah Untuk Majikan Sentuh Hati Netizen

Bekas pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik, Datin Shahida yang dikenali sebagai Muhammad Ghazali Bin Hj Mat Lawi atau Ghazi dilaporkan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Menerusi perkongsian Datin Shahida, beliau meminta orang ramai untuk mendoakan agar roh Allahyarham yang telah dianggap sebagai adiknya sendiri itu ditempatkan dalam kalangan mereka yang beramal soleh.

Saya akan rindu awak Ghazi..

Kalau saya nak makan apa-apa cepat dia cari..

 

Appendik pecah dan kuman merebak..

Terdahulu, berdasarkan perkongsian seorang lagi bekas kakitangan di Instagram, beliau turut memberitahu bahawa arwah sedang tenat kerana appendik telah pecah dan jangkitan kuman telah merebak sehingga ke paru-paru.

Lebih meruntuh hati, arwah sempat memuatnaik coretan terakhir di Instagram ghazi_ml mengenai bekas majikannya itu yang disifatkan bukan seperti wanita elite yang lain.

Seperti seakan tahu mahu ‘pergi’, arwah juga memberitahu merasa kesal menolak ajakan mereka sekeluarga untuk ke tanh suci, Kota Makkah selain berterima kaish kerana melayan baliau seperti ahli keluarga sendiri,

Awalnya Dato dan Datin ada ajak..

Bekerja bersama Datin menguruskan anak-anak..

Terima kasih layan diri ini seperti sebahagian keluarga..

Kami doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan orang beriman. Amin.

Sumber: shahidadherbs, mel77_melati, ghazi_ml

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.