Siakap Keli
Gambar: Youm 7

Doktor Temui Gulungan Wang Kertas Bernilai Ribuan Pound Mesir Ketika Bedah Perut Wanita

KAHERAH, 9 Sept – Wang tunai berjumlah 6,500 EGP (RM1,717) dilapor ditemui dalam perut seorang pesakit di Hospital Kasr El-Ainy, di sini semalam.

Doktor bedah di Jabatan Pembedahan Am, Dr. al-Rahman Mustafa berkata, pesakit tersebut mengalami kesakitan yang teruk di perutnya dan menyatakan bahawa dia telah menelan sejumlah wang secara berkala sebelum itu.

“Selain itu, dia juga menderita jangkitan teruk di dalam perut serta ususnya.

“(Dan) terus dikejarkan ke hospital bagi tujuan pemeriksaan, imbasan x-ray dan pembedahan yang mengambil masa kira-kira empat jam,” katanya, memetik laporan Youm 7.

Gambar: Youm 7

Dalam pada itu, Abd al-Rahman menambah, jumlah wang tunai 6,500 pound yang ditemui dalam keadaan bergulung itu menyebabkan ususnya bermasalah.

“Ini bukan satu-satunya kes ‘penemuan’ duit syiling dan benda-benda aneh dari perut.

“Sebelum ini (kami) juga pernah mengeluarkan kira-kira 39 batang paku, gunting dan pemetik api dari dalam perut pesakit,” jelasnya lagi.

Gambar: Youm 7
Gambar: Youm 7

Sumber: Youm 7, World Today News

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.