Siakap Keli

Ibu-Ibu Perlu Tahu, Ini 7 Kesalahan Kecil Yang Sering Berlaku Ketika Membasuh Baju

Mencuci pakaian bukanlah satu perkara yang mudah? Betl ke, apa yang kita tahu, cuma masukkan pakaian dari bakul terus masuk ke mesin dan kemudian keluarkan setelah mesin berhenti untuk menjemur. Apa yang salahnya?

Mencuci memerlukan penyediaan yang betul. Ramai diantara kita yang melakukan beberapa kesalahan biasa semasa mencuci. Bermula dari jenis bahan pencuci sehinggalah proses mencuci.

Kali ini, SK ingin berkongsi 7 kesalahan yang selalu korang buat dan tidak disedari semasa membasuh pakaian.

1. Bahan pencuci terlalu banyak

Memetik daripada CNN Indonesia, ramai yang berpendapat bahawa pakaian yang lebih pencuci akan kelihatan lebih bersih. Tetapi, dakwaan tersebut adalah salah. Penggunaan bahan pencuci yang banyak akan menyebabkan pakaian akan lebih rasa melekit kerana buih sabun tidak hilang sebetulnya.

Lebih baik, gunakan sukatan yang diberikan pada arahan bungkusan bahan pencuci tersebut.

2. Tidak menyusun pakaian mengikut jenis kain

Sesetengah individu tidak mengasingkan pakaian mereka mengikut jenis warna dan kain. Sebagai contoh, kain cadar dicampurkan dengan baju-baju dan seluar akan menyebabkan ia lambat kering dan tidak cuci.

3. Tidak zip pakaian sebelum mencuci

Ramai yang suka membuka zip untuk mencuci pakaian. Hal ini boleh menyebabkan kain tersebut akan tersekat semasa proses mencuci di mesin basuh. Untuk mengelakkan kerosakan zip pada pakaian anda, luanglah masa untuk menutup semua zip pakaian anda.

Gambar Sekadar Hiasan

4. Butangkan baju sebelum mencuci

Hal ini untuk mengelakkan daripada butang baju terkeluar dan baju terkoyak ketika menarik keluar baju tersebut.

5. Tutup mesin basuh selepas mencuci

Jika anda menutup ‘pintu’ mesin tersebut, ia akan menyebabkan ruang dalam mesin berbau busuk dan lembap yang tidak menyenangkan. Oleh sebab itu, SK sarankan untuk anda sentiasa membuka penutup mesin tersebut supaya hilang bau lembap dan bebas dari bakteria.

6. Jarang mencuci habuk pada pengering

Jika sesebuah mesin pengering dipenuhi dengan habuk, iai kaan menyebabkan mesin tersebut tidak keluarkan udara yang bersih dan lebih teruk lagi ia akan menyebabkan kebakaran.

7. Tidak membersihkan mesin basuh dengan kerap

Jangan lupa untuk mencuci mesin basuh anda setiap kali anda selesai membasuh pakaian. Cara yang mudah iaitu membersihkan mesin tersewbut menggunakan air panas yang dicampurkan dengan cuka. Hal ini menyebabkan bakteria kurang membiak di kawasan dalam mesin anda.

Sumber: CNN Indonesia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang