Siakap Keli

Institusi Ni Bagi Wang Saku RM300 Setiap Bulan, Yuran Pendaftaran Serendah RM195 Sahaja

Dunia hari ini semakin mencabar, terlalu banyak pilihan pengajian yang ditawarkan daripada kolej biasa sampailah universiti bertaraf antarabangsa. Ini menjadikan ianya satu kelebihan serta cabaran kepada pelajar lepasan SPM/SVM/STPM untuk memilih institusi pengajian tinggi yang sesuai, kursus yang boleh memberi peluang kerja serta menepati minat mereka.

Majoriti pelajar rata-rata menginginkan jaminan kerjaya selepas tamat pengajian. Ini antara ‘concern’ atau kebimbangan yang dialami mereka dengan keadaan ekonomi serta peratusan pengangguran yang semakin meningkat.

Nak belajar di mana lepas habis sekolah?

Ada yang sudah ada jawapannya, namun ada juga yang masih dilema dalam membuat keputusan.  Keputusan-keputusan ini mempengaruhi beberapa faktor termasuk kewangan (yuran pengajian yang tinggi), tawaran kursus ataupun fasiliti.

Di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, faktor-faktor diatas dipenuhi dengan baik.

Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS telah ditubuhkan pada April 1993, milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Hanya bermula sebagai sebuah Pusat Latihan Jururawat atau lebih dikenali sebagai Kolej Kejururawatan Pusrawi ataupun Kolej Pusrawi di bawah pentadbiran Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd (PUSRAWI) atau kini dikenali sebagai Hospital Pusrawi Sdn Bhd.

Bermula sebuah kolej biasa, kini PICOMS telah berjaya meletakkan kedudukannya sebagai sebuah Kolej Universiti Antarabangsa dengan jumlah pelajar semasanya melebihi 3000 orang dengan menawarkan kursus-kursus dalam bidang sains kesihatan dan pengurusan.

Kenapa PICOMS?

Sebagai Kolej Universiti dan sedang berusaha ke arah Universiti Wakaf di Malaysia, PICOMS menyediakan pelbagai bantuan pembiayaan pendidikan kepada pelajarnya terutama kepada daripada golongan asnaf .Usaha ini bertujuan membuka peluang lebih luas buat  pelajar daripada golongan asnaf untuk menukar lanskap ekonomi kehidupan mereka. Perkara ini juga termaktub dalam pelan transformasi PICOMS yang diilhamkan oleh Naib Canselor Prof Dr Wan Azizi Wan Sulaiman.

Selain bantuan pembiayaan pengajian, yuran pendaftaran yang dikenakan sangat rendah, iaitu RM195 sahaja bagi setiap pelajar dengan tajaan asrama dan pengangkutan ke kampus bernilai RM7000. PICOMS juga dilengkapi fasiliti pembelajaran yang serba lengkap dan pensyarah yang berpengalaman.

Biasiswa Penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan bantuan Wang saku RM300 sebulan

Jika kewangan menjadi alasan, IPT yang diwujudkan oleh MAIWP ini sentiasa mengambil langkah proaktif membantu anak-anak golongan asnaf supaya mereka berupaya mendapat peluang pendidikan yang sempurna melalui Biasiswa penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Selain itu, golongan asnaf dan B40 yang layak pula, wang saku bulanan RM300 disediakan dan kos penginapan serta pengangkutan ke kampus akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Baitulmal sehingga tamat pengajian . Kini Masalah kewangan bukan alasan untuk berjaya, yang penting usaha dan tekad untuk mencapai cita-cita.

Penawaran program yang diiktiraf dan kebolehpasaran yang tinggi.

Jika ada yang masih bimbang dengan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian, di PICOMS kadar keboleh pekerjaan (employability) yang tinggi iaitu melebihi 83%. Hubungan baik yang terjalin diantara PICOMS dan pemain industri baik dalam mahupun di luar Negara,  menjadikan graduan PICOMS lebih dikenali dan menjadi pilihan majikan.

Antara kursus yang ditawarkan seperti:

PROGRAM ASASI

  1. Foundation in Arts
  2. Foundation in Science

PROGRAM DIPLOMA (PROGRAM PEMGURUSAN)

  1. Diploma Pengurusan Hotel
  2. Diploma in Logistics Management
  3. Diploma in Business Management
  4. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  5. Diploma in Human Resources Management

PROGRAM DIPLOMA (PROGRAM SAINS KESIHATAN)

  1. Diploma Pembantu Perubatan
  2. Diploma Sains Perubatan
  3. Diploma Sains Kejururawatan
  4. Diploma Kesihatan Persekitaran
  5. Diploma in Medical Laboratory Technology
  6. Diploma Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
  7. Diploma Farmasi
  8. Diploma Fisioterapi
  9. Diploma in Occupational Therapy

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

  1. Bachelor of Environmental, Occupational Safety & Health

 Kursus persediaan PERCUMA bernilai RM 15,000 untuk pelajar

Pengambilan pelajar baharu bagi kemasukan September 2020 kini sedang aktif dijalankan. Ianya tidak terhad kepada pelajar-pelajar MUSLIM sahaja, bahkan PICOMS  turut menerima kemasukan pelajar non-muslim serta pelajar-pelajar dari luar negara.

PICOMS turut menyediakan Kursus Asas Profesional “Advancement & Preparatory Initiative (ADAPT) sebagai persediaan dan proses transisi pelajar sebelum bermulanya pembelajaran di peringkat Diploma.

Kursus berprestij yang bernilai RM15,000 ini, dianjurkan secara PERCUMA selama 6 minggu dan  turut berkolaborasi dengan agensi-agensi luar yang terkemuka.

Inisiatif Melahirkan Golongan Huffaz Professional

Dalam memartabatkan lagi generasi Al Quran dalam bidang pendidikan dan professional, PICOMS mengorak langkah membangunkan Program Pro-Tahfiz. Program ini bakal melahirkan golongan huffaz profesional melalui 3 modul utama iaitu:

  1. Program Smart tahfiz SPM
  2. Program Cemerlang Tanpa SPM
  3. Program TVET Tahfiz OSH

Program ini menyasarkan pelajar tahfiz dari seluruh Negara berumur 17 tahun keatas dan dijangka bakal memberi impak besar dalam transformasi pendidikan generasi Al Quran.

Pastinya semua kursus yang ditawarkan di PICOMS telah mendapat kelulusan serta pengiktirafan kerajaan (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Nak tahu lebih lanjut mengenai PICOMS?

Sertai Temuduga Biasiswa MAIWP& Hari Terbuka kami pada 12 & 13 September 2020. Pelbagai hadiah dan aktiviti menarik menanti anda termasuk Pameran Kerjaya, eSport, Kaunseling Pendidikan dan Kerjaya serta Pendaftaran Pelajar Baharu.

Kepada yang tidak dapat hadir secara fizikal, temui mereka secara virtual di www.picoms.edu.my dan KLIK “Let’s start your journey to PICOMS”.

Daftar sekarang di www.apply.picoms.edu.my

Maklumat lanjut:

Website: www.picoms.edu.my

Facebook : https://www.facebook.com/picomsofficial

Hotline: 1700817997

Whatsapp: www.wasap.my/60125704997

Lawat kampus kami secara virtual: https://maps.app.goo.gl/9vcVQ88gdyPBci6GA

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.