Siakap Keli
Gambar: Google

Jambatan Lintasan Hidupan Liar Negara Keempat Bakal Dibina Di Johor

PUTRAJAYA, 9 Sept – Jambatan lintasan hidupan liar negara yang keempat sepanjang 200 meter bakal dibina di Kilometer 48 laluan Kluang-Mersing, Johor.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, projek pembinaan koridor ekologi tersebut telah dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan akan disambung ke RMKe-12 dengan anggaran kos RM28 juta.

“Pihak kerajaan berusaha mengurangkan roadkill dengan menggunakan konsep koridor ekologi sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan Induk Central Forest Spine (CFS).

“Koridor ekologi bertujuan untuk menghubungkan kembali kawasan hutan yang telah terpisah oleh pembinaan lebuh raya, jalan raya dan perubahan guna tanah untuk aktiviti pembangunan.

“Pembinaan struktur lintasan hidupan liar di lokasi-lokasi terpilih mampu mengelak dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang membabitkan hidupan liar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, jajaran lebuh raya atau jalan raya yang melalui kawasan berhutan perlu dilengkapi dengan struktur lintasan hidupan liar seperti elevated road, wildlife viaduct, terowong dan sebagainya.

Sebelum ini, kerajaan telah membina tiga lintasan hidupan liar di Semenanjung Malaysia, iaitu koridor ekologi Sungai Daka, Terengganu dengan pembinaan tiga lintasan pada 2009 berkos RM24.9 juta.

Seterusnya koridor ekologi Sungai Yu, Pahang dengan pembinaan tiga lintasan hidupan liar yang dibina pada 2014 dengan menelan kos RM82.3 juta.

Manakala koridor ekologi ketiga adalah di Gerik, Perak dengan pembinaan dua lintasan hidupan liar yang dibina pada 2015 dengan menelan kos RM25.1 juta.

Sementara itu, jelas Shamsul, satu pasukan khas di peringkat kebangsaan akan ditubuhkan bagi menangani konflik manusia-hidupan liar.

Pasukan baharu tersebut akan dianggotai kerajaan-kerajan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta kementerian atau agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), Jabatan Kerja Raya (JKR), syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat perladangan yang besar

KENYATAAN MEDIA Menteri KeTSA YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkenaan isu roadkill hidupan liar (9 September…

Posted by Kementerian Tenaga dan Sumber Asli on Tuesday, 8 September 2020

Sumber:  Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.