Siakap Keli
Gambar: Instagram

Pengurus Khai Bahar, Abg Fad Dilaporkan Meninggal Dunia

Pengurus kepada penyanyi Khai Bahar selama tujuh tahun, Md Fadly Yusoff dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita tersebut dikongsikan Khai di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“2013 hingga 2020. Assalamualaikum, dimaklumkan bahawa Fadly Yusof (manager) telah kembali ke rahmatullah. Doakan semoga beliau tergolong dalam kalangan orang yang beriman. Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-fatihah,” tulisnya.

Allahyarham yang genap berusia 40 tahun pada 15 Ogos lepas sempat memberitahu keadaannya yang kurang sihat kira-kira seminggu lalu.

Bagaimanapun, arwah tidak menjelaskan sakit dihidapnya, malah masih sempat mempromosi sebuah karya dalam kiriman terakhir di Instagramnya.

“Saya sedang tak sihat beberapa hari ni. Terus sokong MV #pendamzakiyhanafi @zakiy.hanafi di youtube @truefaithcreative,” tulisnya.

Berkongsi kesedihan, para peminat membanjiri ruangan Instagram Khai Bahar dengan ucapan takziah dan doa buat Allahyarham.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat

Dari 2013 lagi arwah dah nampak bakat Khai

Semoga Allah tempatkan Allahyarham Md Fadly Yusof dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta memberi kekuatan buat ahli keluarganya.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

Sumber: Khai Bahar, Fadly Yusof

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.