Siakap Keli

(Video) Raih Lebih 5 Juta Tontonan, Rakaman Anjing Ini Dipercayai ‘Tendang’ Kerusi Sampai Tuannya Terjatuh Bikin Terhibur

Pasti ramai diantara kita mempunyai haiwan peliharaan di rumah. Selain dapat meredakan tekanan yang dihadapi di tempat kerja, haiwan peliharaan juga boleh digunakan sebagai peneman tatkala diri kesunyian.

Kita sering kali dihiburkan dengan telatah kucing yang berwarna oren atau lebih dikenali dalam kalangan warganet iaitu ‘si oyen’.

Pun begitu, pada kali ini terdapat satu video lucu berkenaan anjing pula yang telah tular di media sosial.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Twiter bernama @theunstableme ini telah menjadi tular dan menarik perhatian warganet.

Manakan tidak, video tersebut memaparkan seekor anjing bijak yang mengenakan tuannya ketika tuannya itu hendak menjamu selera.

Video tersebut bermula dengan anjing itu duduk di belakang tuannya. Ketika tuannya itu mahu duduk di kerusi untuk menjamu selera, anjing tersebut telah menolak kerusi berkenaan menggunakan kakinya.

Akibat daripada itu, tuannya itu telah jatuh terlentang ke belakang dan makanan yang dipegangnya itu telah tertumpah kerana terjatuh.

Insiden terbabit telah membuatkan rata-rata warganet terhibur dengan tindakan dan kesan kepada tuan anjing itu.

 

Video yang berdurasi selama 10 saat itu telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 5 juta tontonan daripada warganet.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa