Siakap Keli
Gambar Via Cendana.demak

(Video) Wanita Usung Duit Syiling Lebih RM4 Ribu Dalam ‘Botol Gelen’ Ke Kedai Untuk Beli Motosikal

Seorang wanita dari Jawa Tengah, Indonesia, berjaya membeli sebuah motosikal dengan menggunakan duit syiling yang dikumpulkan olehnya, lapor Detik Oto.

Wanita yang dikenali sebagai Siti Barokah itu mengumpulkan duit syiling sebanyak Rp 1,000 atau 30 sen selama tiga tahun setengah.

Pengurus kedai, Bayu, melalui Instagram miliknya, Cendana.demak,  mengatakan bahawa Siti Barokah datang ke kedainya dengan membawa duit syiling yang disimpan di dalam gelen air.

“Dia mengumpulkan duit selama tiga tahun setengah untuk membeli motosikal tersebut,” ujar Bayu.

Tambahnya lagi, jumlah duit syiling yang dikira ternyata tidak mencukupi dengan harga motor tersebut namun pembayaran tetap dilakukan semasa penghantaran motor ke rumah.

“Jumlahnya hanya  14.2 juta rupiah (RM4, 012), sedangkan harga tunai bagi motor tersebut adalah sebanyak 20.6 juta rupiah (RM 5, 791),” katanya.

Sebelum ini, kedai tersebut juga pernah menerima pembelian motosikal menggunakan duit syiling.

Sumber: Detik Oto

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa