Siakap Keli

Wanita Sengaja Menyembunyikan Kematian Bapa, Didakwa Demi Dapatkan Duit Pencen

HOKKAIDO: Polis di Tomakomai, Hokkaido, telah menangkap seorang wanita yang berusia 51 tahun kerana disyaki menyembunyikan mayat bapanya.

Polis mengatakan Hisako Takahashi memberitahu mereka bahawa dia tidak melaporkan kematian ayahnya kerana dia memerlukan wang dari pencennya untuk perbelanjaan hidup, Sankei Shimbun melaporkan.

Menurut polis, seorang jiran di kawasan rumah itu telah menghubungi mereka pada hari Ahad dan mengatakan bahawa dia telah lama tidak melihat atau mendengar daripada ayah Takahashi dan dia juga berkata bahawa terdapat bau busuk datang dari rumah itu.

Polis mengunjungi rumah itu dan menjumpai mayat lelaki itu, berpakaian lengkap, terbaring. Tidak ada tanda-tanda kecederaan luaran pada badan yang mana sudah mula membusuk.

Takahashi berkata kepada pihak polis bahawa ayahnya telah meninggal dunia sekitar sebulan yang lalu tetapi dia tidak melaporkan kematiannya kerana pencennya adalah satu-satunya sumber pendapatannya.

Sumber: Japantoday

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.