Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Zon Merah Kini Meningkat Kepada Tiga Termasuk Kota Setar Di Kedah Dan Tawau Di Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 24 kes baharu Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini dengan 18 kes tempatan dan 6 kes import.

Susulan daripada itu, zon merah telah meningkat kepada tiga iaitu yang terbaharu di Kota Setar, Kedah dan Tawau, Sabah.

Menurut KKM, sebelum ini hanya Lahad Datu sahaja yang berada dalam kategori zon merah.

KKM juga memaklumkan bahawa terdapat tujuh negeri yang masih berada di zon hijau iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Perak dan terbaharu Perlis.

Sumber: KKMPutrajaya

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa