Siakap Keli

2055 Ekor Hidupan Liar Direkodkan Mati Dilanggar Sejak 2015 Hingga 2019 – PERHILITAN

Menurut data Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, sebanyak 2,055 ekor hidupan liar mati dilanggar sejak 2015-2019.

Bagi mengurangkan insiden, kerajaan telah membina lintasan hidupan liar di tiga kawasan Semenanjung Malaysia. KeTSA akan tubuh pasukan khas kebangsaan melibatkan kerajaan negeri, kementerian dan agensi berkaitan bagi tangani konflik manusia-hidupan liar.

Jabatan Perhilitan akan turut mewajibkan pematuhan kepada Wildlife Management Plan (WMP) bagi projek di habitat hidupan liar.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh KeTSA memaklumkan bahawa kerajaan telah membina tiga lintasan hidupan liar di Semenanjung Malaysia seperti berikut:

  1. Sungai Deka, Terangganu
  2. Sungai Yu, Pahang
  3. Gerik, Perak

Bagi mengurangkan kes roadkill kehidupan liar di Kota Tinggi-Mersing, Johor, kerajaan telah merancang untuk membina satu lagi korikor ekologi di kilometer 48 laluan Kulang-Mersing yang melibatkan pembinaan jejambat sepanjang 200 meter.

Bagaimanapun, KeTSA menasihatkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu di kawasan lintasan hidupan liar. Pengguna jalan raya diminta untuk patuhi had laju, rendahkan lampu kenderaan dan perlahankan kenderaan sekiranya ternampak papan tanda lintasan hidupan liar.

Sumber: PERHILITAN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang