Siakap Keli
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain - Bernama

Kematian Prebet: Tiada Pegawai, Anggota TDM Dipanggil Polis Setakat Ini – PTD

Kuala Lumpur: Tiada mana-mana pegawai atau anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipanggil setakat ini bagi membantu siasatan polis berhubung kes kematian Prebet Abdul Aziz Aznam pada 28 Ogos lepas, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata pihaknya terbuka untuk menyerahkan mana-mana warga TDM sekiranya dipanggil serta disyaki terlibat dalam kes kematian berkenaan.

“Sekiranya timbul keraguan apa-apa unsur dalam siasatan berhubung kematian Allahyarham semestinya pihak polis akan memanggil mana-mana warga TDM yang terlibat. Buat masa ini belum, dan kami tidak boleh mendahului kerana ia akan menggangu siasatan polis kemudian.

“Banyak prosedur perlu dilalui…jika ada kes ketidakadilan terhadap Allahyarham maka yang terlibat perlu bertanggungjawab,” katanya kepada Bernama pada Majlis Penyerahan Kereta Peronda Kor Polis Tentera Diraja di Pusat Latihan Polis Tentera (Pulapot) di sini hari ini.

Pada 7 September lepas, Bernama melaporkan seorang anggota tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Johor.

Kejadian itu mengakibatkan anggota tentera terbabit mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Johor.

Terdahulu, TDM menerima sebanyak 40 kereta peronda jenis Honda Civic untuk kegunaan pasukan keselamatan itu.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.