Siakap Keli

KKM Dedah Ini 3 Punca Jangkitan COVID-19 Dalam Kalangan Petugas Kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyenaraikan punca-punca jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan mereka.

Menurut satu kenyataan, 53 peratus jangkitan berpunca daripada petugas lain, manakala 22 peratus daripada komuniti dan 17 peratus lagi ketika menguruskan pesakit yang belum diketahui status jangkitannya.

Selain itu, tiada petugas KKM yang dijangkiti ketika menguruskan pesakit COVID-19 di wad isolasi dan unit rawatan rapi (ICU).

Justeru, petugas-petugas kesihatan di hospital dan klinik KKM serta swasta dinasihatkan agar memakai pelitup muka jenis 3-PLY surgical mask sepanjang waktu bekerja dan mengamalkan langkah pencegahan lain.

Penjarakan fizikal yang selamat di tempat bertugas dalam kalangan rakan sekerja dan ketika menguruskan pesakit juga perlu diamalkan sepanjang masa bertugas.

Dalam masa sama, ruang guna sama seperti kaunter jururawat, ruang makan, pantri, ruang solat dan tandas kakitangan perlu sentiasa dalam keadaan bersih.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.