Siakap Keli
Gambar Via Bernama

KKM Tidak Tolak Kemungkinan Kluster Telaga Dan Kluster Sungai Turut Libatkan Strain Mutasi D614G

Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 45 kes baharu pada hari ini dengan 44 kes tempatan termasuk 1 kes daripada Kluster Sungai dan 2 kes daripada Kluster Telaga.

Susulan daripada itu, beliau juga memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan bahawa Kluster Telaga dan Kluster Sungai di Kedah turut melibatkan strain mutasi D614G berdasarkan jangkitan yang cepat merebak.

Pengesahan hanya diketahui selepas ujian makmal oleh IMR.

Sumber: KKMPutrajaya

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa