Benda yang seakan kurang bernilai di mata kita kadang-kala membawa nilai yang besar kepada orang lain. Mungkin ianya berupa pemberian daripada insan tersayang untuk disimpan sebagai kenangan dalam hidup.
Seperti perkongsian oleh seorang gadis di Twitter yang mencari pemilik wang kertas RM1 yang dikatakan mungkin mempunyai ‘sentimental value’ kepada pemilknya.
Di wang kertas tersebut, tertera pesanan daripada seorang ibu yang mengucapkan semoga berjaya kepada anaknya yang memulakan pekerjaan pertama pada tarikh 15 November 2015.
“To _____ It’s your first working day! Goodluck! 15/11/2015 Mom with love,” tulisnya.
Tolong cari siapa punya duit RM1 ni. Mana lah tahu duit ni ada sentimental value utk dia ke sbb siap ada notes daripada mak dia
"To _____
It's your first working day! Goodluck!
15/11/2015
Mom with ❤️"Tolong rt sampai jumpa owner!! pic.twitter.com/nLoYJfvQWB
— . (@nrintnsrya) September 9, 2020
Menurut gadis berkenaan, wang kertas tersebut dijumpai oleh rakannya yang meminta supaya dia mencari pemilik asal wang kertas tersebut.
Mungkin, ianya membawa nilai yang besar kepada pemilik namun terpaksa menggunakannya kerana terdesak, katanya.
Mungkin bagi ‘owner’ sangat bernilai
Sumber: Twitter @nrintnsrya