NEW DELHI: Seorang remaja lelaki mendakwa bahawa dia telah dipatuk ular yang sama sebanyak 8 kali dalam sebulan yang lalu.
Kejadian pelik yang berlaku kepada Yashraj Mishra yang berusia 17 tahun dari Desa Rampur di daerah Basti.
Mishra mengatakan bahawa ular yang sama menggigitnya sebanyak tujuh kali dalam sebulan terakhir, dan kali terakhir diserang oleh ular itu dalam seminggu yang lalu. Ibu bapanya telah menghantarnya untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Selain daripada berjumpa dengan doktor, ibu bapanya turut menghantarnya untuk berjumpa dengan pawang ular. Namun, perjumpaan dengan pawang ular itu sama sekali tidak menghentikan serangan daripada ular itu.
“Setelah anak saya dipatuk buat kali ketiga oleh ular itu, saya menghantarnya ke tempat saudara saya Ramji Shukla di kampung Bahadurpur. Beberapa hari kemudian, anak saya melihat ular yang sama dalam rumah tersebut dan dia dipatuk lagi. Yashraj dimasukkan ke hospital dan dirawat, “kata Chandramauli Mishra, bapa budak lelaki itu.
Mereka juga cuba memahami mengapa ular yang sama menyerang budak lelaki yang kini hidup dalam ketakutan.
“Kami tidak dapat memahami mengapa ular ini menyasarkan Yashraj. Anak itu sekarang mengalami gangguan mental dan hidup dalam ketakutan yang berterusan terhadap ular itu. Kami telah melakukan segalanya dan bahkan telah memanggil penangkap ular untuk menangkap ular itu, tetapi semuanya hanya sia-sia sahaja, “kata ayahnya.
Sumber: News.abplive