Kredit gambar: Google

Tahu Tak, Anda Boleh Belajar Cara Jaga Kucing & Siap Dapat Hadiah Lagi Bila Download Aplikasi Ini

Ketika musim pandemik COVID-19 ini, kebanyakan pemilik haiwan peliharaan mungkin banyak meluangkan masa di rumah bersama si comel.

Dalam menjalani rutin seharian yang sibuk, ditambah pula dengan tanggungjawab memelihara kucing, kadangkala kita memerlukan ‘pembantu’ untuk memudahkan urusan.

Tahukah anda, sebenarnya ada satu aplikasi yang dicipta khas untuk anda sebagai pemilik haiwan kesayangan untuk mengurus dan menjaga si comel dengan lebih mudah hanya dengan hujung jari sahaja.

Gambar: Google

Bukan itu sahaja, aplikasi itu sangat sesuai buat anda yang membela kucing, anak kucing, anjing, anak anjing di rumah, atau merancang untuk membelanya. Malah pencinta haiwan pun tidak terkecuali.

Apakah aplikasi itu?

Royal Canin Club, dicipta khas untuk anda!

Syarikat pengeluar makanan haiwan, Royal Canin Malaysia baru-baru ini membangunkan satu aplikasi bernama Royal Canin Club.

Ia dicipta bertujuan sebagai sebuah program loyalti yang membantu anda menguruskan haiwan peliharaan selain turut memberi banyak manfaat seperti berikut:-

1. Tebus hadiah menarik

Anda boleh menebus pelbagai set hadiah percuma beserta baucer ‘Selamat Datang’ bernilai RM10.

2. Baucer ‘Selamat Datang’ & hadiah

Bagi yang mendaftar sebagai ahli baharu, anda akan diraikan dengan baucer ‘Selamat Datang’.

Dalam masa sama, beberapa cenderahati juga turut menanti anda sementara stok masih ada.

3. Belajar cara urus kucing/anjing secara online

Dengan aplikasi ini, anda tidak perlu lagi bersusah-payah mencari info penjagaan kucing atau anjing di Google kerana semuanya sudah ‘dibukukan’ di sini.

Anda boleh aplikasikan info ini dengan hati yang tenang juga kerana semua info yang dibekalkan adalah daripada pakar penjagaan haiwan.

Menariknya, tips-tips yang diaturkan adalah mengikut umur si comel anda.

4. Dapatkan informasi terkini

Anda akan menerima sebarang informasi atau hebahan promosi terkini daripada Royal Canin Malaysia melalui notifikasi aplikasi ini.

5. Jawab kuiz & kumpul mata

Selain itu, aplikasi ini juga membantu mengasah minda dan pengetahuan anda tentang haiwan berdasarkan kuiz-kuiz menarik.

Bukan itu sahaja, malah setiap kuiz yang dijawab, anda boleh mengumpul mata ganjaran untuk ditebus dengan hadiah istimewa.

6. Ibarat GPS terpantas

Selalunya kalau nak cari kedai haiwan peliharaan terdekat, kita mesti akan cari di Google Maps atau Waze kan?

Tapi dengan aplikasi ini, anda tidak perlu risau lagi.

Hanya satu sentuhan, anda boleh terus mencari mana-mana lokasi kedai haiwan berhampiran di sekitar anda. Senang kan?

Jadi nak buat apa sekarang?

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Maka jomlah kenali kami dengan lebih dalam.

Anda boleh melayari laman sesawang kami atau Facebook Royal Canin MY serta Instagram royalcaninmy.

Selain itu, bagi pengguna sistem operasi Android, anda boleh memuat turun aplikasi ini di Playstore, manakala bagi pengguna iOS, boleh memuat turun di App Store.

Jom muat turun sekarang dan nikmati pelbagai manfaat menarik daripada Royal Canin Club!

Gambar: Google





Denin

Menulis untuk mendidik.

Editor: Fazidi

Tambah komen