Siakap Keli

TERKINI : PKPD Pentadbiran Dikuatkuasakan di 28 Mukim di Daerah Kota Setar Bermula 12.01 Malam Ini

Kerajaan memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran telah untuk 28 mukim di kawasan Kota Setar bermula 12 tengah malam ini. Hal ini kerana susulan daripada meningkatan kes yang mendadak di Kota Setar dan wujud dua kluster iaitu Kluster Sungai dan Kluster Telaga

Tempoh PKPD secara pentadbiran ini dilaksanakan dari 11 September hingga 25 Setember 2020 ini. Ia melibatkan sebanyak 366 787 penduduk di 28 mukim di Kota Setar.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Menteri Kanan berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) di daerah berkenaan adalah sama sepertimana SOP PKPD Pentadbiran yang lain, termasuk larangan keluar dan masuk di kawasan berkenaan, di mana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan sekatan jalan raya.

Jelasnya lagi, seluruh masjid di daerah Kota Setar diarah tutup, aktiviti sukan, sosial dan budaya juga turut dilarang beroperasi. Bukan itu sahaja, semua institusi pendidikan diarahkan tutup. Hanya premis yang menyediakan perkhidmatan keperluan sahaja seperti klinik, farmasi, kedai runcit dan makan, kedai petrol dan hospital sahaja boleh beroperasi.

Bukan itu sahaja, pasar malam serta pasar tani tidak dibenarkan beroperasi kecuali pasar harian yang dibenarkan oleh kerajaan.

“Kenderaan yang ingin keluar masuk untuk bekerja juga tidak dibenarkan sepanajng tempoh PKPD ini, para majikan perlu mengambil serius tentang ini kerana ia bukan permintaan pekerja anda tetapi ini arahan kerajaan,” tegasnya dalam sidang media.

Diharapkan kepada penduduk di daerah Kota Setar akan sentiasa patuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Sumber: MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang