Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Tukang Paip Didakwa Tikam Pelanggan Hingga Mati Dipercayai Gara-Gara Diminta Potongan Harga

Seorang tukang paip di Kazakhstan didakwa telah menikam pelanggannya sehingga mati gara-gara dia meminta potongan harga, sebelum menikam ibu serta jiran mangsa dengan kejam, lapor Daily Mail.

Lelaki yang berusia 43 tahun itu dilaporkan telah menikam mangsa hingga mati sebelum mencederakan ibu serta jirannya ketika mereka sedang berusaha menyelamatkan mangsa.

Kedua ibu serta jiran mangsa itu dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal manakala tukang paip itu pula telah berjaya ditangkap.

Insiden ngeri itu telah berlaku pada 4 September lalu di bandar Almaty, timur laut Kazakhstan, lapor Daily Mail.

Menurut laporan, mangsa telah mengundang tukang paip itu ke apartmennya selepas menjumpainya dalam talian.

Rundingan antara mereka berdua bertukar menjadi tegang selepas mangsa meminta lelaki tersebut menurunkan harga perkhidmatannya.

Ketika perdebatan diantara mereka menjadi tidak terkawal, tukang paip tersebut telah mengeluarkan sebilah pisau buatan sendiri dari poketnya dan menyerang mangsa serta ibunya yang berusia 63 tahun, kata laporan.

Tambah laporan itu, jeritan mangsa telah mengejutkan seorang lelaki yang tinggal bersebelahan rumahnya. Lelaki tersebut kemudiannya segera bergegas bagi menghulurkan bantuan namun turut ditikam dengan teruk oleh tukang paip berkenaan.

Selepas daripada itu, tukang paip terbabit terus melarikan diri sambil disaluti darah mangsa secara tergesa-gesa selepas dilihat oleh saksi.

“Lelaki itu dilihat memegang senjata seperti pisau buatan sendiri dengan darah yang menitis. Kami terus menghubungi polis serta ambulans,” ujar saksi.

Susulan daripada itu, mangsa telah meninggal dunia akibat luka yang teruk di tempat kejadian sebelum pasukan perubatan tiba, kata penyiasat.

“Salah seorang mangsa mengalami kecederaan di bahagian ventrikel kiri jantung dan paru-paru.

“Seorang lagi mangsa telah ditikam berkali-kali di bahagian muka, leher dan lengan,” ulas wakil badan kesihatan tempatan, Timur Yermashev.

Suspek telah berjaya ditangkap dalam masa kurang daripada sejam selepas pihak polis berjaya mengecamnya hasil daripada keterangan yang diberikan oleh saksi.

Semasa disoal siasat, suspek berkata: “Saya telah mengambil pisau dan menusuknya ke badan wanita itu. Sebelum ini, saya tidak pernah langsung memukul wanita dengan tangan saya.”

Gambar: Daily Mail

Pemangku Ketua Polis Negara, Tanat Nazanov mengesahkan: “Suspek telah menyerang wanita itu semasa sedang berunding berkenaan harga perkhidmatannya selepas wanita tersebut mula melakukan tawar-menawar.

“Dia akan didakwa atas tuduhan membunuh dan kini sedang ditahan.”

Jika didapati bersalah, lelaki itu bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.