Siakap Keli
Gambar Via Bernama/ Info Roadblock JPJ/POLIS

(Video) Hujan Lebat Sejak 1 Tengah Hari, Sekitar Keadaan Banjir Di Beberapa Kawasan Di KL

Seperti yang diketahui, hampir setiap hari hujan akan turun membasahi kawasan lembah Klang.

Terbaru, ekoran dari hujan lebat yang berterusan sejak pukul 1 tengah hari tadi, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilaporkan mengalami banjir.

Menurut laporan Bernama, banjir tersebut menyebabkan kesesakan teruk di jalan-jalan utama  di bandar raya.

Menurut kiriman yang dikongsikan oleh Info Roadblock JPJ/POLIS pula, dapat dilihat beberapa orang bomba sedang menyelamatkan beberapa buah motor yang tenggelam akibat banjir kilat di sekitar Menara Bank Muamalat belakang LRT Masjid Jamek.

Sumber: BERNAMA TV

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa