Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video)“Langit Bertukar Gelap Lagi,” Detik Cemas Kebakaran Besar Dipercayai Di Pelabuhan Beirut

Satu kebakaran besar dilaporkan telah meletus di pelabuhan Beirut selepas 37 hari bandar tersebut ditimpa tragedi letupan yang meragut banyak nyawa.

Kepulan asap hitam dan gumpalan api merah jelas kelihatan di sebalik runtuhan-runtuhan besi di pelabuhan tersebut. Masih belum dapat dijelaskan punca yang menyebabkan kebakaran itu terjadi.

Agensi Berita Nasional yang dikendalikan oleh kerajaan Lubnan menyatakan bahawa kebakaran itu berlaku di sebuah gudang di mana tayar dan minyak disimpan. Anggota bomba dilaporkan sedang bertungkus lumus menangani kebakaran tersebut.

Letupan ammonium nitrat pada 4 Ogos lalu telah mengorbankan lebih daripada 190 nyawa dan mencederakan sekitar 6,500 orang serta merosakkan ribuan bangunan di ibu negara Lubnan.

Kepulan asap kebakaran ini telah menimbulkan rasa panik dalam kalangan warga tempatan yang trauma dengan letupan besar yang terjadi pada bulan lalu.

 

 

 

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa