Siakap Keli

Warga Emas Tak Sengaja ‘Letupkan’ Rumah Ketika Kejar Lalat

PERANCIS: Seorang lelaki berusia 80-an tanpa tidak sengaja telah meletupkan ruangan dapur rumahnya disebabkan lalat.

Menurut laporan, kejadian berlaku pada waktu malam, warga emas itu ingin menikmati makan malam di rumahnya, Kampung Parcoul- Chenaud.

Ketika ingin menikmati makan malam itu, warga emas itu diganggu dengan dengungan lalat, lantas itu tanpa berfikir panjang, dia telah mengambil pemukul lalat elektrik dan menggunakannya untuk memukul lalat itu, tetapi tanpa disedari saluran gas di rumahnya telah bocor.

Tindak balas antara alat pemukul lalat elektrik dengan gas yang bocor itu telah menyebabkan letupan berlaku, menghancurkan dapur dan sebahagian bumbung rumahnya.

Menurut laporan juga, mangsa sempat menyelamatkan diri dan hanya mengalami luka di tangan sahaja.

Sejak daripada kes itu, mangsa telah menginap di perkhemahan tempatan, sementara rumahnya siap dibaiki.

Sumber: Bbc

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.