Siakap Keli
FOTO: TWITTER TRISYIAZHAR

Ayah Rancang Nak Buat Kenduri Doa Selamat, Tapi Anak-Anak Buat Doa Tahlil Lepas Ayah Pergi Menghadap Illahi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehilangan orang yang disayangi memang sakit dan perit untuk ditelan. Jika dengar berita orang meninggal pun sudah menahan sebak, inikan pula insan yang bernama ayah. Jelas terpancar kesedihan pada wajah Iylia Nur Batrisyia yang baru kehilangan ayah tercinta kerana kemalangan.

Pada laman Twitter, Iylia menjelaskan bahawa ayahnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat yang baru berlaku pada 9 September lalu. Salah seorang mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Azhar Abdul Wahab yang merupakan seorang ayah kepada 8 orang anak.

“Love you forever & always, daddy”

Pagi sebelum daddy mengadap ilahi. Alhamdulillah diberi peluang untuk tengok dan cakap dengan daddy for the last time.. rindunya ya Allah. Kelmarin last esya video call dengan daddy… daddy dah tidur buat selama lamanya.

Ya Allah, berikanlah kami 8 adik beradik kekuatan…

Apa yang menyentuh hati orang ramai, Allahyarham sempat belikan rumah untuk anak-anaknya dan adiknya yang berusia 1 tahun 11 bulan belum puas mendapat kasih sayang seorang ayah.

Adik aku paling bongsu baru umur 1tahun 11bulan. Next month birthday dia. Berikan kami kekuatan Ya Allah.

Awal tahun ni daddy belikan untuk kami adik beradik rumah sebiji. Dia dah pesan kat kami yang kalau daddy dah takde, dia nak anak-anak dia semua berkumpul dekat sini. Baru seminggu lepas renovation rumah ni siap. Daddy excited sekali sebab dapur jadi luas.

Tak sampai seminggu daddy dapat merasa rumah dah siap. Daddy plan weekend ni nak buat doa selamat masuk rumah baru. Tapi sekarang kiteorg yang buat tahlil untuk daddy..

Semoga Allah merahmati pemergiaannya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

 

Sumber: Trisyiazhar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang