Siakap Keli
Gambar Via Bernama

COVID-19: Jumlah Kes Aktif Meningkat Kepada 501 Kes, Berikut Perincian Kes Baharu Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 182 kes baharu Covid-19 hari ini termasuk 181 kes tempatan dan 1 kes import. Kes aktif juga meningkat sebanyak 501 kes.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM, daripada 182 kes tersebut, 14 kes dicatatkan di Kedah iaitu melibatkan 11 warganegara dari kes Kluster Sungai dan 3 warganegara dari kes Kluster Telaga.

Selain itu, jumlah terbesar bagi pertambahan kes Covid-19 pada hari ini adalah dari Sabah dengan 167 kes. Ia melibatkan 76 warganegara dari Kluster Benteng Lahad Datu dan 91 bukan warganegara dari Kluster Benteng Lahad Datu.

Manakala 1 lagi kes adalah melibatkan kes import di Selangor iaitu bukan warganegara yang tiba dari Filipina.

Sumber: KKMPutrajaya

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.