Siakap Keli
Kredit: Google

Empat Sekolah Di Tawau Ditutup Sehingga Ahad Ini Untuk Nyah Cemar

TAWAU, 11 Sept (Bernama) — Empat sekolah, yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Jambatan Putih, Sekolah Kebangsaan (SK) Jambatan Putih, SK Kukusan serta SK Bahagia di sini, ditutup bermula hari ini sehingga Ahad ini bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja nyah cemar di kawasan berkenaan.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata ia terdiri daripada proses itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga dalam menangani penularan wabak COVID-19 di daerah berkenaan, dan sebarang perkembangan lanjut mengenai penutupan sekolah itu akan dimaklumkan kemudian.

Beliau pada masa yang sama menafikan maklumat tular hari ini kononnya kira-kira 30 premis di sini diarah tutup buat sementara waktu bagi tujuan proses nyah cemar selain pekerja premis perlu mengambil sampel COVID-19.

Menurutnya maklumat yang ditularkan itu merupakan arahan lama dan tiada hubung kait dengan kes atau kontak rapat membabitkan Penjara Tawau.

“(Maklumat) itu cerita lama, dan senarai itu sebenarnya adalah untuk dalaman sahaja, tetapi ia dikongsikan sehingga tular,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Maklumat yang tular di media sosial itu antaranya turut mendakwa Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) perlu melawat beberapa premis termasuk restoran dan gelanggang badminton serta membuat penilaian risiko.

Sehingga semalam, 84 kes positif COVID-19 direkodkan, membabitkan kes Penjara Tawau.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.