Dalam menghias dalaman rumah, sebenarnya kita tidak ‘diwajibkan’ untuk membeli segala alat perhiasan yang baharu lagi mahal.
Asalkan kita ada daya kreativiti yang tinggi, pasti hiasan itu akan menjadi sangat menarik walaupun sekadar menggunakan sehelai kertas kosong.
Adakah anda kenal wanita yang menggunakan nama akaun Nani’s Makeover di Facebook?
Beliau sangat dikenali sebagai seorang yang kreatif dan berseni orangnya. Ranting-ranting kayu buruk pun boleh dijadikan hiasan cantik di dinding.
Terbaharu, kali ini puan Nani menggunakan cebisan kotak yang dikoyak-koyak sahaja untuk dijadikan bingkai hiasan. Mari lihat gambar-gambar ini.


Kotak pemberian siapa pun dah tak ingat dah. Ramai yang hadiahkan aye kotak.

Yang ni guna cat Sea Master. Sebenarnya nak cat dinding tapi belum sampai seru.
Cat boleh dibeli di Shopee atau LAZADA.

Sementara tunggu cat kering, aye main koyak-koyak kotak.

Macam biasa, takda yang dirancang. Just follow the flow. Gam guna white glue.
Gam putih boleh dibeli di Shopee atau LAZADA.

Dah macam Trojan pun ada jugak.

Kekdah kasi hantam sajelah labu asal penuh sesambil cakap dalam hati “Apa aku tengah buat ni?”

Esoknya..kering sudah.

Uncle frame ni macam memanggil je. Tersedak-sedak aye. Tu yang pergi jumpa dia tu.

Gitu rupa dia dalam kaca.

Siap!
Dekat seminggu tunggu uncle frame telefon suruh ambik budak ni balik.

Tunggu adik-beradik dia siap baru kita gantung budak ni.
Bior lambat asalkan lekat ke dinding gitchuuu…

Miss dramatic in action.
Biasa la.. Tak dramatic le kalau takde lighting kaannn.
Artwork dari kotak.Takde motif just ikut hati 😁#houseofart#artwork#diyprojects
Posted by Nani's Makeover on Wednesday, 9 September 2020
Sumber: Nani’s Makeover